Posts Tagged ‘punca sakit sendi’

Punca Sakit Sendi

 Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.