Posts Tagged ‘sakit hati’

Menangani Rasa Dendam

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Continue reading

Ulcer Mulut boleh menyebabkan Barah

Kebanyakan dari kita mesti pernah menghidap ulcer.Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutama bagi wanita yang mengandung dan datang haid.Ulcer ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah  serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut  dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit sperti tergigitbibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan ,kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

ulser ialah tompokan putih di dalam mulut ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah.Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulcer tadi.

Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut
-Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
-Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
-Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
-Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mencegah ulcer ini iaitu minumlah air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid,jauhilah makanan yang banyak mengandungi rempah,letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit, elakkan daripada tekanan perasaan.Jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari tiga minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

MASALAH KETIKA MENGANDUNG

Kelahiran bayi ke dunia adalah satu anugerah yang paling berharga  dari Illahi.Apabila seseorang wanita itu hamil, maka janin yang ada di dalam perut wanita itu juga mula membentuk dan mula menjalankan fungsi sepenuhnya seperti sistem pencernaan yang mula membentuk secara berperingkat peringkat hingalah sempurna tetapi sampai bulan ke lapan kehamilan, air ketuban mula menjadi kotor dan bayi di dalam rahim akan mula menyerap dan makan kotoran yang berpunca dari sistem percernaan ibu yang tidak dapat menyerap bahan buangan dengan betul keadaan ini tidak baik untuk bayi dan perlu dielakkan.

Bahan buangan dari sistem pencernaan ibu ini dikenali sebagai Meconium yang mana ia bewarna hijau ia terjadi kerana air ketuban yang tidak dapat diserap oleh usus.Meconium ini jika tidak dapat dikawal akan menyebabkan ibu hamil tadi akan menjadi murung,tertekan dan menjadi satu tekanan perasaan buat ibu itu sendiri.Ia sam ibarat kita yang memakan kotoran sendiridan meminum air kencing sendiri yang memang kita tahu kotor dan boleh mengakibatkan berbagai jenis penyakit yang biasa menganggu kaum ibu seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan tekanan perasaan.

Selain itu semasa hamil juga ibu akan berkongsi makanan dan zat dengan bayi yang dikandungkannya.Adakalanya di waktu darurat seperti ibu tidak dapat bekalan makanan secukupnya zat dan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh ibu juga akan disalurkan terus kepada bayi.Ini mengakibatkan si ibu akan menjadi lemah dan bernafsu makan yang tinggi iaitu selalu sahaja lapar dan menginginkan makanan yang tidak pernah dimakan sebelum ini ia juga dipanggil mengidam.Sebenarnya bukan bayi yang dikandung itu yang ingin makan kerana sifat bayi yang tidak meminta-minta dan ia hanya makan dan menerima apa yang diberikan oleh ibunya sahaja.Oleh itu keinginan itu adalah datang dari naluri ibu yang kadang-kadang mengidam makanan yang terlalu pelik.
Bukan sahaja masalah semasa mengandung malah semasa melahirkan dan selepas melahirkan juga akan berlaku masalah dan bukan semua proses bersalin itu berjalan normal ada ketika nya ibu juga berdepan dengan risiko semasa melahirkan contohnya tumpah darah yang banyak, masalah uri yang terlekat dan berbagai lagi oleh itu ibu yang hamil mestilah menjaga kandungannya dengan baik.Masalah boleh diatasi jika ibu mengamalkan pil Bersalin Indah yang dapat menghilangkan simptom yang tidak diingini terjadi ketika mengandung,semasa bersalin dan selepas bersalin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.