Sakit Kepala

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah ini kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
– Tekanan yang berat
– Tidur yang kurang dari 8jam
– Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
– Melengahkan waktu makan

Yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan puncanya juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban di pemikiran.

akit kepala boleh dikawal bila seseorang itu
– Menepati masa tidur
– Makan yang cukup
– Mencari masa untuk rehat seketika

Dengan cara begini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan masalah sakit kepala.Ada juga yang mengalami sakit kepala kerana beremosi yang tiada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu tekanan.Sememangnya tidak dinafikan dengan keadaan serba moden ini membuatkan ramai yang terleka dengan kepentingan diri sendiri sehingga bila dah merasakan sakit baru mengerti istilah berehat.

Sakit kepala juga boleh membuatkan seseorang itu mengalami
– migrain
– Tekanan darah tinggi
– Letih
– Lenguh badan

Bagaimana pun tindakan awal perlu diambil agar kesihatan stabil sediakala dan janganlah bermain tarik tali lagi dengan diri sendiri ketika telah merasakan kesakitan kerana di situ akan membawa padah.Ingatlah “Jalan keluar datang bila kita berusaha untuk mencarinya” selagi di izikan ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: