Menangani Rasa Dendam

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Dengan teladan sebegini masih ada yang kurang faham dan ingin melayan kerenah tanpa berusaha untuk melupakan simbol dendam yang utama.Tidak semestinya apa yang berlaku pada seseorang akan berlaku pada yang lain kerana kita manusia tidak berhak untuk melawan kekuasaan ALLAH.Sejauh mana ingin kita mengawal keadaan disekeliling hanya kerana ketakutan yang menghantui bayang-bayang sendiri sehingga menjadi bara dendam kemarahan di suatu ketika dahulu mungkin sudah lapuk di pemikiran namun masih ada yang ingin mengungkaikan.Fahamilah musuh islam sentiasa ingin mencuba untuk menambahkan lagi bahana dendam itu agar kita terjerumus bersama dendamnya kepada anak nabi adam.

Lerailah dendam sebelum ajal memanggil selagi ada suria keampunan dan hakislah dengan memupuk kasih sayang yang berunsurkan keikhlasan.Cuba untuk membuang apa yang terbuku sedikit demi sedikit agar tenang sentiasa.Ketenangan bukan mudah untuk di miliki kerana ia perlu banyak berusaha dan penilaian itu di adili oleh ALLAH.Sekiranya dendam tidak dapat di bendung akan banyak berlaku perkara yang tidak diingini seperti :-
– Perpecahan
– Permusuhan
– Terputusnya silaturrahim
– Benci

Ini semuanya adalah sifat buruk yang bersangkut paut dengan dendam.Secara kecil dendam terjadi dengan sifat
– Marah
– Pendam
– Tidak dapat terima qada dan qadar ALLAH

Semua yang terjadi adalah kertentuan ALLAH dan percayalah yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari manusia sendiri.Ini kerana manusia yang suka menyalahkan ujian ALLAH dan terus menghukum takdir namun hakikatnya kalau kita berjaya menjalani ujian itu dengan tenang pasti ada kejayaan akan tetapi kita sendiri yang memilih untuk berdendam yang sememangnya dikategorikan sifat buruk.Jangan fikir ALLAH itu tidak adil namun kajilah siapa kita sehingga sanggup membelakangkan ALLAH hanya kerana ingin melayan hawa nafsu perasaan semata-mata.Sekiranya kita faham keesaan ALLAH mungkin kita akan terhindar dari sifat dendam.Marilah mengisi masa bersama dalam mencari keredhaan ALLAH dari kita membuang masa dalam mengungkai kisah silam yang tiada penghujungnya

“Manusia sering merintih kekecewaan sehingga menyalahkan takdir namun
tidak kaji kecuaian diri sendiri pada ALLAH.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: