Punca Dan Akibat Dari Meroyan

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Punca meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Ada sesetengah mengatakan penyakit meroyan ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH.

Pesakit meroyan juga akan membuatkan seseorang itu
– Cepat Marah
– Suka menyendiri
– Menangis yang tiada kawalan
– Membahayakan diri sendiri

Kata orang tua-tua pula bagi orang yang baru lepas bersalin haruslah sentiasa ceria dan tenang kerana dengan ini dapat seseorang itu mengawal keadaan dari terjadinya perkara yang tidak diigini seperti meroyan.Penyakit meroyan sememangnya amat digeruni oleh setiap wanita yang terutamanya lepas bersalin.Ia menyerang terus ke saraf otak yang bergabung dengan emosi kerana ia di kategorikan angin meroyan yang hanya ada rasa tetapi tiada rupa.

Oleh itu kita perlulah sentiasa mendekatkan diri pada ALLAH tidak kiralah bagaimana keadaan kita dan sentiasalah bermohon agar terlindung dari benda yang tidak diingini.Haruslah bersikap redha dan berlapang dada juga akan dapat mencegah dari meroyan.Bagi wanita janganlah terlalu fokus bahawa meroyan ini terjadi pada orang yang lepas bersalin sahaja,meroyan juga boleh dihidapi pada seseorang yang normal kerana ia akan datang bila seseorang wanita itu mengalami tekanan yang tinggi.

Ketika didalam pantang ramai wanita yang terkandas sehingga mengalami meroyan dan tidak dinafikan juga bahawa dalam keadaan berpantang banyak dugaan yang ingin dilalui.Bagi suami juga perlu memainkan peranan agar emosi si isteri sentiasa di keadaaan stabil kerana di saat itu wanita akan terlalu sensitif dan sentiasa ingin dihargai.

Cegahlah bila terasa ada kelainan yang berlaku pada diri sendiri kerana orang disekeliling tidak mengerti apa yang dilalui hanya yang mengalami situasi ini sahaja dapat merasainya.Dengan kesedaran disetiap tindak tanduk yang berlaku sekurang-kurangnya dapat mengawal keadaan dan situasi diri sendiri.Sayangilah Diri sendiri kerana itu adalah pemberian dari Ilahi untuk hambaNYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: