Punca Sakit Sendi

 Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu,siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau yang disebabkan
oleh penyakit. Ianya berbeza dari segi lokasi, jangka masa, kesakitannya dan dari individu ke individu yang lain.

Sebab-Sebab Sakit Sendi
Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka.Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

• Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang
terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat,
postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
• Berat badan berlebihan
• Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
• Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
• Penyakit sendi seperti arthritis
• Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit
• Penyakit tulang
• Ketumbuhan
• Jangkitan kuman
• Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
• Penyakit kronik
• Ubat-ubatan

Note: Masalah Sakit Sendi boleh di rawat dengan menggunakan kaedah Terapi Saraf. Dapat maklumat lanjut di http://www.terapisaraf.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: