Archive for January, 2011

Cara Mengatasi Anaemia

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menghidapi anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
– Pening
– Pitam
– Lemah otot
– Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk menyeimbangkan sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Masalah ini juga mudah berlakunya kepada wanita hamil kerana kadar antibodi yang tidak stabil.Kalau tindakan awal tidak diambil ia akan membahayakan kandungan dan membawa banyak masalah ketika ingin bersalin.Kebiasaanya ketika waktu bersalin rahim akan lambat mengejut selepas proses kelahiran dan akan membuatkan seseorang itu tumpah darah.

Continue reading

Rawatan Dan Penawar Stroke

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Penyakit Stroke  merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Punca Stroke boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Stroke mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
– tekanan darah tinggi
– Sakit sendi
– Lemah badan
– sakit Jantung
– Stress
– Kencing manis

Penyakit stroke  ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang penyakit stroke apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Sakit Stroke  juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Serangan Stroke akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.

Continue reading

Menangani Rasa Dendam

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Continue reading

Sakit Kepala

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah ini kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
– Tekanan yang berat
– Tidur yang kurang dari 8jam
– Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
– Melengahkan waktu makan

Yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan puncanya juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban di pemikiran.

Continue reading